Tuesday, 20 May 2014


Ramai yang kata 'aku nak berjaya dalam pekerjaan aku'....hmm...rasanya senang kalau kita berkata melalui mulut sahaja tetapi kita tidak berniat didalam hati dan tekad untuk berjaya tak guna juga kan...

Topik yang saya ingin sampaikan ialah perbezaan gaya pemikiran di antara orang yang berjaya dan orang yang gagal....Bagaimana orang berjaya ini berfikir???...Kebanyakan daripada mereka menerapkan dalam pemikiran mereka dengan berkata 'Ia pasti sukar tapi aku boleh melakukannya.'....Mereka hanya memikirkan kejayaan dan jalan penyelesaian untuk mereka mencapai kejayaan yang mereka ingini...kita cuba lihat pula bagaimana orang yang gagal berfikir???...Kebanyakan daripada mereka berkata 'Ia mungkin boleh dilakukan tapi pasti sukar.' Mereka hanya berfikir kesusahan dalam cabaran mereka untuk berjaya dan tindakan yang paling saya suka tengok adalah mereka membiarkan sahaja cabaran itu dan tidak sahut dengan penuh keberanian...Hebat betul gaya golongan ini berfikir

Bayangkan kalau kita dalam peperangan....musuh dihadapan kita sedang menunggu masa sahaja tembak kita...apa yang anda akan lakukan atau fikirkan ketika ini...adakah anda tembak musuh anda untuk menuju ke masa hadapan atau biarkan musuh mencapai matlamatnya dengan menembak anda...situasi genting seperti ini anda sendiri kena membuat pilihan yang betul....

Nampak bukan apa perbezaan gaya pemikiran orang yang berjaya dan orang yang gagal....saya harap anda semua tergolong dalam orang yang berjaya...

JANGAN PILIH UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN, PILIH UNTUK MENIKMATI KEHIDUPAN

Wednesday, 14 May 2014

PROGRAM MEMBINA KERJAYA



PROGRAM MEMBINA KERJAYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada anda semua.


Ada segilintir yang bertanya kepada saya 'bagaimana nak dapat duit lebih???' soalan ini sentiasa berada di pemikiran kita kerana hidup dalam dunia ini sentiasa memerlukan duit. Untuk memiliki duit ini apa yang harus kita lakukan:
  1. Adakah dengan melakukan kerja Part Time di KFC, MCD, PETRONAS atau sebagainya mampu kita memiliki pendapatan sebanyak Rm 5000 atau Rm 6000
  2. Adakah dengan membuka perniagaan Ortodoks seperti perniagaan pisang goreng, nasi lemak, keropok lekor mampu menjana pendapatan sebanyak 5 angka sebulan
  3. Adakah dengan melakukan perniagaan Francais seperti Cosway, One perfume, Cool Blog, KFC, Oldtown Cafe mampu menjamin 100% pulangan modal kembali ( mendapat keuntunganpun belum pasti)
Sekiranya anda melakukan perkara diatas anda adalah seorang yang hebat kerana anda sanggup bekerja lebih masa di restoran segera seperti MCD bagi menambahkan pendapatan dan penat ataupun anda sanggup mengambil risiko yang berani untuk melakukan perniagaan pisang goreng atau perniagaan francais. Kenapa saya kata berisiko? Kerana perniagaan-perniagaan seperti ini kita tidak pasti mendapat pulangan modal kembali malahan keuntungannya juga tidak konsisten.

Apa yang saya ingin cerita kepada anda adalah mengenai PELUANG....

Setiap daripada kita mencari-cari peluang untuk melakukan perniagaan dan saya disini sudah menyediakan peluang untuk anda semua. Richard Branson mengatakan' Sekiranya sesorang memberi kita peluang yang menakjubkan dan kamu kurang pasti bagaimana untuk melakukannya, katakan YA kemudian belajar bagaimana untuk melakukannya'. 

Jadi apa yang harus kita lakukan....adakah menolak atau mengambil peluang yang diberikan????