Tuesday, 20 May 2014


Ramai yang kata 'aku nak berjaya dalam pekerjaan aku'....hmm...rasanya senang kalau kita berkata melalui mulut sahaja tetapi kita tidak berniat didalam hati dan tekad untuk berjaya tak guna juga kan...

Topik yang saya ingin sampaikan ialah perbezaan gaya pemikiran di antara orang yang berjaya dan orang yang gagal....Bagaimana orang berjaya ini berfikir???...Kebanyakan daripada mereka menerapkan dalam pemikiran mereka dengan berkata 'Ia pasti sukar tapi aku boleh melakukannya.'....Mereka hanya memikirkan kejayaan dan jalan penyelesaian untuk mereka mencapai kejayaan yang mereka ingini...kita cuba lihat pula bagaimana orang yang gagal berfikir???...Kebanyakan daripada mereka berkata 'Ia mungkin boleh dilakukan tapi pasti sukar.' Mereka hanya berfikir kesusahan dalam cabaran mereka untuk berjaya dan tindakan yang paling saya suka tengok adalah mereka membiarkan sahaja cabaran itu dan tidak sahut dengan penuh keberanian...Hebat betul gaya golongan ini berfikir

Bayangkan kalau kita dalam peperangan....musuh dihadapan kita sedang menunggu masa sahaja tembak kita...apa yang anda akan lakukan atau fikirkan ketika ini...adakah anda tembak musuh anda untuk menuju ke masa hadapan atau biarkan musuh mencapai matlamatnya dengan menembak anda...situasi genting seperti ini anda sendiri kena membuat pilihan yang betul....

Nampak bukan apa perbezaan gaya pemikiran orang yang berjaya dan orang yang gagal....saya harap anda semua tergolong dalam orang yang berjaya...

JANGAN PILIH UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN, PILIH UNTUK MENIKMATI KEHIDUPAN

No comments:

Post a Comment